Tuesday, December 15, 2009


Imam dengan 3 Malaun...


Ini kisah mengenai seorang imam masjid di sebuah kampung yang dirahsiakan namanya.Suatu hari di waktu senja sedang melabuhkan tirainya,imam yang dalam perjalanan ke masjid bertembung dengan 3 orang pemuda yang sedang asyik memetik gitar di tepi simpang jalan.Maka arakian kisahnya berhentilah sang Imam tadi dengan nawaitu untuk menasihati pemuda-pemuda tadi...terjadilah sketsa perdebatan,cabar mencabar di antara mereka berempat...."Baik...Pak Imam,akan kami bukti yang kami bertiga tidak seJAHIL seperti mana Pak Imam sangkakan" kata pemuda-pemuda tadi hatta berlalu pergi...


Waktu solat Maghrib esok harinya,muncullah ketiga pemuda tadi.Berbunga hati sang Imam.."Akan ku UJI mereka"bisik hati kecilnya...maka Imam mempersilakan pemuda pertama untuk melaungkan azan !!!


"Allah Ta'ala...Allah Ta'ala"...bergema suara pemuda pertama melaungkan azan..melompat Bilal menarik microfon sambil Imam menggelengkan kepala...issh...isshh..issh..Bilal mengambil alih tugas melaungkan azan.Selesai azan dilaungkan,Imam berdiri untuk memulakan solat...dek kerana Imam sudah berumur,maka berkali-kalilah dia mengangkat takbir melawan rasa was-wasnya utk mendapatkan kusyu' dalam solat....pemuda kedua menepuk belakang bahu Imam memberi isyarat untuk dia mengimami solat,maka sang Imam pun berundurlah..."Allah hu Akbar"....dengan sekali takbir sahaja...sesudah itu dengan selambanya dia berpaling kebelakang sambil berkata.."Tengok imam,saya sekali je dah boleh dah"...terbatuk Imam menahan geram...Grrrrrrrrrrrrr....maka digantikan dengan pemuda ketiga untuk mengimami solat.....bukan setakat mengimami solat,selesai solat siap dengan wirid dan doanya sekali...


Semasa mereka semua hendak keluar dari masjid,Pak Imam memanggil ketiga pemuda dihadapan penduduk kampung sambil menepuk belakang pemuda ketiga tadi.."Inilah pemuda yang patut dicontohi oleh mereka yang lain"..katanya..tahu apa yang dikatakan oleh pemuda ketiga tersebut???


Dengan bangganya dia mencelah....."Hmmmm,itu saya belum ambik air sembahyang lagi tu Imam...kalau tidak,lagi dahsyat saya sembahyang tuhhh".......Ek..elehhh!!!! apa daaa!!!

No comments:

Post a Comment